LATAR BELAKANG

Restoran Madah Utara yang diterajui oleh En Mohamad Rusmadi Bin Ismail dan isteri telah mula beroperasi pada 2 Ogos 2004 sehingga sekarang. Di awal pembabitan, saya bermula dengan membuka sebuah perniagaan kecil iaitu kedai runcit pada tahun 1990 dan seterusnya meluaskan lagi perniagaan dengan membuka restoran yang kini dikenali sebagai Restoran Madah Utara. Ini semua berkat daripada menyertai kursus pendek ajuran Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD)di mana saya teleh mengikuti kursus membuat nasi kandar.



Restoran ini beroperasi seawal 8 pagi dengan menyediakan pelbagai hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga makanan malam.

Sesuai dengan moto ‘SEINDAH KHABAR, SESEDAP RASA’ restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan seperti :
• Masakan ala kampung Nasi Campur
• Nasi Kandar
• Makanan Panas

Restoran Madah Utara juga menerima tempahan daripada komuniti setempat termasuklah sekolah – sekolah dan juga masjid. Di antara menu-menu yang disediakan ialah :
• ikan/ayam bakar
• lauk pauk (daging/udang/sotong)
• sayuran (campur/kangkung/kailan/kobis)
• nasi kandar
• daging masak hitam
• ayam madu
• ayam berempah
• udang kandar
• sotong berempah
• bendi
• kobis goreng dan biji sawi.

Dalam menguruskan restoran Madah Utara ini, saya dibantu oleh 10 orang pekerja. Seramai 7 orang bertugas pada waktu siang dan selebihnya pada waktu malam.



Antara kemudahan lain yang disediakan di restoran ini ialah ia juga dilengkapi dengan kemudahan WIFI dan juga televisyen.